ILMU TAJWID



Perbedaan Qira'at, Riwayat, Thariq dan Wajh dalam Ilmu Qira'at Al-Qur'an

Bismillahirrahmanirrahim
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHZgzL9ZHWXs2PXUGdyCSVIGrntJv-n96TBJD7S-NrbF5B9eVziKV38tIQDaBR_IMu1M2L-46Tz3HAys7GH10wBKOs6AuN6GBVAqZaPMaHmSKkKejLDfoudhlELKgDRsOS-sbAyTHtuU8V/s1600/mushaf.jpegKita tentu pernah mendengar istilah Qira’at Sab’ah, atau Qira’at ‘Asyrah, yang kurang lebih bermakna tujuh atau sepuluh bacaan Al-Qur’an yang diakui dan memiliki sanadbersambung kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Biasanya, dalam kajian tentang qira’at ini akan muncul empat istilah kunci. Sebagian orang terkadang sukar membedakan diantaranya, dan kemudian tercampur-aduk begitu saja. Empat istilah tersebut adalah qira’ah, riwayah, thariq, dan wajh. Para ulama’ sendiri mempergunakan keempat istilah ini untuk menunjuk pengertian tertentu, sehingga harus dipahami dengan tepat agar tidak membingungkan.

Qira’ah ( القراءة ) secara bahasa berarti bacaan. Maksud dari istilah ini adalah setiap bacaan yang disandarkan kepada salah seorang Qari’ (ulama’ ahli bacaan Al-Qur’an) tertentu. Maka, kita akan mendengar istilah Qira’at ‘Ashim, Qira’at Nafi’, Qira’at Ibnu Katsir, dsb. Mereka adalah para Imam yang menjadi sumber qira’at tertentu.

Riwayah ( الرواية ) adalah sesuatu yang disandarkan kepara perawi atau orang yang mengutip qira’at secara langsung dari Imam Qira’at tertentu. Para Imam Qira’at memiliki murid-murid yang melalui mereka ilmu qira’at tersebar luas. Misalnya riwayahWarasy dari Nafi’, riwayah Hafsh dari ‘Ashim, riwayah Ibnu Wardan dari Abu Ja’far, dsb.

Thariq الطريق ) secara bahasa berarti jalur, jalan. Maksudnya adalah rangkaian sanad (yakni, para perawi) yang berakhir pada seorang perawi dari Imam Qira’at atau guru (syaikh) bacaan Al-Qur’an tertentu. Istilah ini dipergunakan untuk menunjuk apa yang diriwayatkan oleh seorang Qari’ dari generasi lebih akhir (yakni, yang hidup sesudah Rawi pertama dari Qari’ tertentu). Misalnya, tharhq atau jalur al-Azraq dari Warasy, thariq Abu Rabi’ah dari al-Bazzy, thariq ‘Ubaid Ibnu ash-Shabbah dari Hafsh, dsb.

Wajh الوجه ) secara bebas dapat dimaknai versi atau ragam, yaitu semua bentuk perbedaan atau khilafiyah yang diriwayatkan dari Qari’ tertentu, lalu dalam kasus ini seseorang dipersilakan untuk memilih mana yang akan dibacanya, karena semuanyashahih dari Qari’ tersebut. Perbedaan-perbedaan Thariq terkadang mencakup perbedaan-perbedaan pula dalam Wajh ini. Misalnya, pada saat waqaf pada kata al-‘alamin ( العالمين ) dalam ayat ke-2 surah al-Fatihah, terdapat 3 wajh atau versi, yaitu dibaca pendek (qashr), sedang (tawassuth), dan panjang (madd). Kita boleh memilih mana saja dari ketiganya, namun disarankan oleh Ibnul Jazari agar kita memilih satu versi saja dalam satu kali pengkhataman. Maksudnya, pada seluruh kata tersebut di mana pun kita waqaf selama membacanya, kita pilih satu versi. Bila kita sudah selesai, lalu memulai dari awal lagi, kita boleh menggunakan versi lainnya.
Dengan demikian, bacaan Al-Qur’an yang dinisbatkan kepada seorang imam tertentu disebut Qira’at, lalu apa yang dinisbatkan kepada seseorang yang mengutip riwayatnya dari imam tersebut secara langsung disebut Riwayah, kemudian apa yang disandarkan kepada orang lain yang meriwayatkan bacaan sesudah mereka disebut dengan Thariq, sedangkan perbedaan-perbedaan yang mungkin ada di dalam riwayat dari satu orang imam tertentu dalam cara membaca kata atau ayat yang sama disebut dengan Wajh.
Di Indonesia, biasanya kita akan mendengar istilah Riwayah Hafsh ‘An ‘Ashim Min Thariqi Asy-Syathibiyyah ( رواية حفص عن عاصم من طريق الشاطبية ). Disini, Hafsh adalah Rawi, ‘Ashim adalah Qari’, dan Syathibiyah adalah pemilik Thariq. Kita di Indonesia memang umumnya menggunakan Qira’at ‘Ashim, yang disalurkan melalui Riwayah Hafsh, dan sampai kepada kita melalui Thariq Syathibiyah itu.
Sebagai tambahan informasi, nama-nama kesepuluh Qari’ yang terkenal dan diterima qira’at-nya, beserta Rawi atau murid yang menerima dan belajar bacaan Al-Qur’an secara langsung dari mereka, adalah sbb:
1.       Nafi’ bin ‘Abdurrahman bin Abi Nu’aim al-Madani (w. 169 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Qalun dan Warasy.
2.       Ibnu Katsir, yakni ‘Abdullah bin Katsir ad-Dari al-Makki (45-120 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu al-Bazziy dan Qunbul.
3.       Abu ‘Amr bin al-‘Ala’ al-Bashri (70-154 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu ad-Duriy dan as-Susiy.
4.       Ibnu ‘Amir, yaitu ‘Abdullah bin ‘Amir al-Yahshubi asy-Syami (21-118 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Hisyam dan Ibnu Dzakwan.
5.       ‘Ashim bin Abi an-Najud al-Asadi al-Kufi (w. 127 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Hafsh dan Syu’bah.
6.       Hamzah bin Habib az-Zayyat al-Kufi (78-156 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Khalaf dan Khallad.
7.       Al-Kisa’iy, yakni Abul Hasan ‘Ali bin Hamzah an-Nahwi al-Kufi (w. 189 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu ad-Duriy dan Abu al-Harits.
8.       Abu Ja’far, yaitu Yazid bin al-Qa’qa’ al-Madani (w. 13 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Ibnu Wardan dan Ibnu Jammaz.
9.       Ya’qub bin Ishaq al-Hadhrami al-Kufi (w. 205 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Ruwais dan Rauh.
10.   Khalaf bin Hisyam (w. 229 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Ishaq dan Idris.
Penting diingat pula, bahwa ad-Duriy adalah murid langsung atau Rawi dari Abu ‘Amr al-Bashri (no. 3) dan al-Kisa’iy (no. 7) sekaligus; sedangkan Khalaf adalah murid atau Rawi dari Hamzah (no. 6), namun sekaligus Qari’ tersendiri (no. 10). Seluruh Qari’ini sebenarnya mempunyai ratusan sampai ribuan murid, akan tetapi diantara mereka kemudian dipilih masing-masing dua murid yang paling kuat riwayatnya, demi mempersedikit kekeliruan dan menutup peluang perselisihan terhadap Kitabullah. Dari mereka inilah ilmu bacaan Al-Qur’an kemudian tersebar ke seluruh penjuru dunia. Wallahu a’lam.

‘Tadi, ustaz ada mengatakan ‘Tuan guru bersanad? Boleh terangkannya lebih lanjut?’

Oh ya, maksudnya begini. Seperti yang diterangkan di atas, belajar Al-Quran secara berguru amat penting, tidak kiralah samada anda belajar untuk memperkuatkan hafazan, memahirkan tajwid ataupun untuk menguasai Qiraat. Cuma, jangan lupa untuk pastikan perkara yang lebih utama iaitu, anda perlu memastikan bahawa tuan guru tersebut memiliki sanad dan ijazah Al-Quran.
Soalnya, apakah ijazah & sanad Al-Quran?
1.         Ijazah Al-Quran ialah satu anugerah seperti sijil pengiktirafan yang diberikan oleh tuan guru kepada anak muridnya yang selesai menguasai bacaan Al-Quran secara talaqqi & musyafahah bersama tuan guru yang juga memiliki ijazah.
2.         Sanad pula ialah senarai rantaian nama panjang, bermula dari pemilik sanad hinggalah berakhir kepada Allah S.W.T. Selalunya, pemberian sanad akan disatukan sekali dengan ijazah Al-Quran. Oleh itu, lebih mudah untuk kita memahami ijazah dan sanad sebagai perkara yang sama.
Hmm… rasanya kita agak ‘confuse’  mengenai sanad bukan? Baiklah, saya akan terangkannya dengan lebih terperinci.


Setiap sanad terkandung di dalamnya senarai nama yang panjang dan berturutan. Ia bersifat sambung-menyambung tanpa terputus bermula dari nama pemilik sanad, kemudian diikuti nama tuan guru Al-Qurannya dan seterusnya tuan guru kepada ’tuan guru’ pemilik sanad
Dengan kata lebih mudah, ia lebih kurang begini : En. Ali (pemilik sanad) – belajar Al-Quran dengan En. Ahmad (tuan guru Al-Qurannya) – belajar Al-Quran kepada En Hasan (tuan gurunya) – belajar Al-Quran kepada En. Mahmud (Tuan gurunya)……….
Senarai ‘tuan guru kepada tuan guru’ ini akan berterusan, merentasi beberapa para ahli Qurra’ terkemuka seperti Imam Syatibi r.a, Imam Jazari r.a, terus-menerus bersambung hinggalah ke generasi ta’bi’-taa’bi’in, kemudiannya para taa’bi’iin iaitu generasi ketiga, kemudiannya para sahabat yang mulia seperti Ali bin Abi Talib, Saidina Uthman Affan dll, di mana mereka semuanya berguru secara langsung dengan manusia agung, tuan guru Al-Quran terulung iaitu Rasulullah S.A.W.

Senarai mulia ini itu tidak terhenti hingga setakat Rasulullah sahaja. Ia akan bersambung dengan nama ‘tuan guru’ Rasulullah iaitu Malaikat Jibril a.s dan seterusnya yang terakhir, pemilik Kalamullah iaitu Allah Azza Wa Jalla.
Oh begitu… lebih kurang macam sijil universiti lah…..
Ya benar…. Fungsinya lebih kurang sama seperti sijil universiti iaitu sebagai lambang kesahihan dan kebolehpercayaan ilmu Al-Quran yang dimiliki. Cuma, ia lebih mulia dari itu kerana nama ‘tukang sah’ yang tertera di sijil anda bukan setakat Chancellor universiti, tetapi para ulama agung, Rasulullah dan pencipta kita – Allah S.W.T.
Kalau begitu, apa gunanya kepada kita?
Gunanya lebih kurang begini :  sama seperti sijil universiti, ia adalah tanda pengesahan dan pengiktirafan terhadap kemampuan dan kebolehan anda. Jika ada orang yang bertanya ‘apa bukti anda mahir membaca Al-Quran?’. Anda dengan mudah sahaja menunjukkan ijazah sanad tersebut untuk membuktikannya.
Ini bermakna secara tidak langsung, ijazah sanad menjadi ‘jurucakap’ kepada keahlian dan kepakaran ilmu Al-Quran anda. Senarai individu yang tinggi ilmu serta dipercayai akhlaknya dalam sanad menjadi bukti kukuh bahawa ‘ilmu Al-Quran yang dipelajari bukannya diambil semberono dari kaset atau kitab tajwid, tetapi ‘direct’  dari tuan guru gred A!
Bak istilah inggerisnya, ia adalah bukti ‘validity & reliability’ – keesahan & kebolehpercayaan ilmu anda.
Itu perkara utama. Ada lagi fungsi kedua yang tidak kurang pentingnya iaitu :  teknik ‘sanad’ juga telah dipraktikkan sejak zaman-berzaman untuk menjaga keaslian proses pemindahan ‘Al-Quran’ yang bukan setakat didokumentasikan secara tulisan, tetapi juga terjaga keasliannya dari sudut teknik bacaan.

Mudah kata, Al-Quran disahkan 100% benar dan tepat dari sudut tulisan melalui mashaf. Ia juga terpelihara kebenarannya dari sudut bacaan melalui rantaian sanad dan juga buku-buku tajwid serta Qiraat yang cukup banyak dikarang oleh ulama solafussoleh.
Tetapi, adakah ia ada sandarannya dalam islam?
Ya, pasti.
Jika kita amati lebih mendalam, rantaian penyampaian Al-Quran secara talaqqi bermula sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi.  Kita semua maklum bahawa Baginda menerimanya secara ‘berguru’ dengan Malaikat Jibril a.s. Jibril akan mengajar Baginda satu-persatu, perlahan-lahan sehinggalah semua ayat yang baru diturunkan tersebut benar-benar Rasulullah kuasai dan ingati.
Semua ini membenarkan firman Allah ini :  “Dan Kami telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”  (Al-Furqan: 32)  
Begitulah prosesnya diteruskan oleh Rasulullah kepada para sahabat. Para sahabat juga demikian, meneruskan teknik talaqqi yang sama kepada para ta’biin, diikuti dengan tabi’ taa’biin, ulama solafussoleh dan seterusnya hinggalah sampai kepada kita. Cuma kali ini, semua senarai nama ‘tuan guru & anak murid’ ini telah didokumentasikan dan digelar sebagai sanad.
Disebabkan itulah, ramai ulama termasuk salah seorang ‘pakar rujuk terulung’ ilmu Al-Quran iaitu Imam Jazari r.a amat menekankan kepentingan sanad. Beliau telah menjadikan kesahihan sanad sebagai salah satu dari rukun pembacaan al-Quran yang diterima.
Bukan beliau sahaja berpandangan sedemikian. Bahkan, ramai lagi ulama lain yang mementingkan sanad dalam penyampaian ilmu dan syariat Allah S.W.T. Anda tentu pernah mendengar kata-kata Imam Abdullah bin Mubarak r.a tentang sanad bukan? Komen beliau : Al-Isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama. Jika ia tiada, nescaya sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.
Malah, Imam Ibnu Sirin r.a juga berpendirian sama : Sesungguhnya ilmu itu adalah agama kamu, maka hendaklah kamu melihat dari siapa kamu ambil agama kamu.
Apa kesimpulan yang kita dapat dari semua hujah di atas?
Satu perkara utama : dalam islam, soal kebenaran dan kebolehpercayaan ilmu serta integriti para penyampainya amat dititikberatkan. Islam bukannya agama yang menerima ilmu secara ‘pasang-siap’, tetapi ia amat menitikberatkan ‘perfection’, detail dan tsiqoh (integriti) sebelum ilmu tersebut diamalkan.
Jadi, apa kelebihannya jika saya memiliki sanad Al-Quran?
Banyak sebenarnya. Cuma kali ini, saya akan menyenaraikan 2 kelebihan terbesarnya dahulu iaitu :

1.         llmu bacaan atau hafazan Al-Quran anda telah diiktiraf.

Bagi saya, secara tidak langsung, sanad yang tuan guru anugerahkan kepada anda berperanan sebagai ‘cop mohor’ terbesar, bukti kesahihan ilmu Al-Quran yang anda miliki. Apa yang saya katakan ini bukannya omongan kosong, kerana dengan memiliki sanad, anda sebenarnya memiliki salasilah guru.

Maknanya, jika ada orang lain ingin memeriksa kesahihan ilmu anda, ia dengan mudah dapat mengetahui dari siapa anda belajar dan setinggi manakah tahap kepercayaan ilmu yang anda miliki. Semua ini boleh diketahui dengan meneliti senarai rantaian ‘tuan-tuan guru’ yang terkandung dalam sanad, bermula dari anda hinggalah ke Rasulullah s.a.w.

Dengan kata lain, apabila salasilah tersebut bersambung sampai ke Rasulullah, barulah orang yakin dengan integriti ilmu anda.


2.         Keberkatan ilmu dan kehidupan.

Soal keberkatan ini tidak perlu saya ulas lebih panjang maksudnya, kerana ia ada disentuh dalam bab 1 dan juga melalui cerita pengalaman hidup saya di awal bab ini. Mudah ceritanya, dengan bertalaqqi secara berguru serta menerima sanad darinya, ia akan menambah keyakinan kita, lebih-lebih lagi setelah mendapati nama kita digabungkan dengan para alim ulama besar dalam salsilah sanad.


Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati…..

Cuma satu sahaja nasihat saya, pastikan anda mendapatkan sanad melalui ‘pintu depan’ bukannya ‘pintu belakang’. Dalam ertikata lain, sanad ‘pintu depan’ ialah sanad yang diperolehi secara sah dan formal – baca keseluruhan Al-Quran dari awal Al-Baqarah hingga akhir An-Naas dengan tuan guru sampai khatam.

Ini kerana wujud beberapa kes terpencil, sanad diperolehi menerusi ‘pintu belakang’. Maksudnya, sanad tersebut dianugerahkan tanpa melalui syarat-syarat utamanya. Cukup sekadar membaca beberapa surah, kemudiannya tuan guru terus ijazahkan. Sekali pandang, macam mee segera pula!
Walaupun perkara ini tidaklah sampai ke tahap halal-haram, wajib-sunat atau bid’ah-tidak, tetapi saya melihat perbezaan kedua-dua jenis sanad tersebut begini :
1.         Sanad pintu hadapan : Ia samalah seperti pengajian sepenuh masa untuk mendapatkan ijazah universiti – berhempas pulas dengan peperiksaan, tesis, assigment, kajian dan lain-lain.
2.         Sanad pintu belakang : Ia bolehlah diumpamakan seperti ijazah ‘universiti bayar dan pasti dapat sijil’ – anda bayar sejumlah wang, hadir beberapa kelas dan kemudian, tidak kiralah samada markah peperiksaan baik atau tidak, sijil pasti dalam genggaman pada majlis konvo!
Nampak tidak jurang perbezaan besar antara keduanya? Satu diiktiraf ilmunya sementara satu lagi bak kata orang  - ‘harap sijil sahaja tebal, tapi isi kosong!’
Jadi, cara untuk mendapatkan ‘sanad pintu depan’ ialah :
1.         Ini yang paling perlu dititikberatkan dahulu. Pastikan tuan guru tersebut merupakan seorang yang diakui ramai sebagai guru Al-Quran yang berkaliber, mahir dan diiktiraf. Selalunya, tuan guru sebegini mudah sahaja dikenali : tanyalah tuan imam di 5 masjid berdekatan, jika semuanya mencadangkan nama ‘Syeikh’ yang sama, maknanya anda perlu cepat-cepat tempah ‘appointment’ dengannya!
2.         Proses mendapatkannya pula ialah, anda WAJIB (dengan huruf besar) talaqqi 30 juz  Al-Quran secara langsung dengan tuan guru, samada membacanya dengan melihat Al-Quran atau yang lebihadvance – membaca 30 juz secara hafazan. Dalam proses ini, tuan guru akan memperbetulkan serta memperhalusi mutu bacaan anda. Selalunya, apabila beliau sudah benar-benar puas hati dengan tahap bacaan tersebut, barulah sanad dianugerahkan.
Memang proses memperolehinya agak sukar dan perlu melalui tempoh agak panjang. Sebabnya ialah, anda perlu mencapai tahap kualiti bacaan yang benar-benar diiktiraf oleh syeikh.  Dalam hal ini, soal kualiti amat dititikberatkan kerana ia melibatkan amanah dalam pengijazahan sanad. Ketika proses talaqqi tersebut, mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan mutu bacaan anda setaraf dengan tahap bacaan mereka yang tersenarai dalam salasilah sanad. Jika tidak pun, ia mesti melepasi sekurang-kurangnya menyamai  80% dari tahap kualiti mereka.
Soalnya, mengapa tuan syeikh tampak agak bertegas dalam hal ini?
Tujuannya ialah : mereka ingin menjaga amanah ilmu yang telah disampaikan oleh tuan guru mereka. Selain itu, mereka juga ingin memelihara kualiti salasilah sanad agar ia tidak tercemar dengan anak murid yang kurang mahir atau mereka yang bersikap ‘baca cukup-cukup makan sahajalah’.


Pengalaman saya dahulu….
Mengimbas kembali pengalaman saya dahulu, saya yakin, segala kenangan belajar Al-Quran bersanad dengan para masyaikh merupakan antara memori paling mengasyikkan dalam hidup. Terdapat beribu kenangan manis yang terpahat selain beberapa kenangan ‘masam-masam manis’ terselit diantaranya.
Yang paling menarik ialah, selain ilmu Al-Quran, banyak pengajaran hidup saya perolehi darinya. Antara yang masih kekal diingati ialah pengalaman diberi amaran terakhir dari Syeikh Nabil, seorang tuan guru Al-Quran pro-tasauf dan sangat tawadhuk.
Peristiwanya begini. Pernah suatu ketika, disebabkan waktu talaqqi dengan Syeikh Nabil bertembung dengan waktu peperiksaan, saya tidak dapat membuat persiapan secukupnya untuk talaqqi 1 juz secara hafazan pada petang itu.
Sudah pasti, dengan bacaan hafazan yang agak tidak teratur, ia telah mengundang kata amaran tegas dari Syeikh yang sebenarnya amat baik hati ini. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau :
‘Asraff, sanad bukan perkara main-main. Ini adalah lambang amanah kita dengan Allah. Jika enta datang talaqqi tanpa persediaan baik, ana takkan anugerahkan sanad  kepada enta…..  Ana tak mahu sanad yang mulia ini tercemar dengan tercatat di dalamnya nama anak murid yang culas menjaga Al-Quran!’
Itulah kali pertama dan terakhir Syeikh Nabil ‘marah’kan saya. Memang sukar untuk melihat syeikh yang amat baik hati ini bertegas, tetapi kata-katanya yang bernada lembut tetapi tegas itu amat menusuk sanubari saya.
Alhamdulillah, peristiwa itu memberi impak besar kepada saya dalam usaha mendisiplinkan diri menjaga hafazan Al-Quran, lebih-lebih lagi setelah sanad Al-Quran diterima. Dengan melihat nama kita ‘berganding’ bersama nama-nama besar dan mulia seperti Imam Jazari, Saidina Ali, Saidina Uthman bahkan Rasulullah S.A.W, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjaga nikmat selaku Al-hafiz yang Allah anugerahkan.
Kini, setiap kali melihat semula sanad Al-Quran, saya tersenyum sendirian. Senyuman syukur kerana berpeluang merasai nikmat bergandingan nama dengan ‘barisan penduduk syurga’.  Cuma saya berharap selepas ini, Allah S.W.T  perkenankan pula doa permintaan seterusnya – dapat berganding dengan mereka di Syurga Firdaus, InsyaAllah!
Tidakkah anda mahu ‘miliki rumah satu taman’ dengan mereka di syurga?
Oleh itu, cuba-cubalah dahulu menghafaz Al-Quran. Kemudian dapatkan pula sanadnya.
Jika semuanya dibalut dengan kalimah ‘lillahi Taa’la’, InsyaAllah, Tuhan pasti sediakan kita ‘banglo sebelah mahligai’ mereka!
 Ya Allah, perkenankanlah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

yang Sabar kalo koment masih dalam perbaikan

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.