Perbedaan Qira'at, Riwayat, Thariq dan Wajh dalam Ilmu Qira'at Al-Qur'anBismillahirrahmanirrahimKita tentu pernah mendengar istilah Qira’at Sab’ah, atau Qira’at ‘Asyrah, yang kurang lebih bermakna tujuh atau sepuluh bacaan Al-Qur’an yang diakui dan memiliki sanadbersambung kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Biasanya, dalam kajian tentang qira’at ini akan muncul empat istilah kunci. Sebagian orang terkadang sukar membedakan diantaranya, dan kemudian tercampur-aduk begitu saja. Empat istilah tersebut adalah qira’ah, riwayah, thariq, dan wajh. Para ulama’ sendiri mempergunakan keempat istilah ini untuk menunjuk pengertian tertentu, sehingga harus dipahami dengan tepat agar tidak membingungkan.Qira’ah ( القراءة ) secara bahasa berarti bacaan. Maksud dari istilah ini adalah setiap bacaan yang disandarkan kepada salah seorang Qari’ (ulama’ ahli bacaan Al-Qur’an) tertentu. Maka, kita akan mendengar istilah Qira’at ‘Ashim, Qira’at Nafi’, Qira’at Ibnu Katsir, dsb. Mereka adalah para Imam yang menjadi sumber qira’at tertentu.Riwayah ( الرواية ) adalah sesuatu yang disandarkan kepara perawi atau orang yang mengutip qira’at secara langsung dari Imam Qira’at tertentu. Para Imam Qira’at memiliki murid-murid yang melalui mereka ilmu qira’at tersebar luas. Misalnya riwayahWarasy dari Nafi’, riwayah Hafsh dari ‘Ashim, riwayah Ibnu Wardan dari Abu Ja’far, dsb.Thariq ( الطريق ) secara bahasa berarti jalur, jalan. Maksudnya adalah rangkaian sanad (yakni, para perawi) yang berakhir pada seorang perawi dari Imam Qira’at atau guru (syaikh) bacaan Al-Qur’an tertentu. Istilah ini dipergunakan untuk menunjuk apa yang diriwayatkan oleh seorang Qari’ dari generasi lebih akhir (yakni, yang hidup sesudah Rawi pertama dari Qari’ tertentu). Misalnya, tharhq atau jalur al-Azraq dari Warasy, thariq Abu Rabi’ah dari al-Bazzy, thariq ‘Ubaid Ibnu ash-Shabbah dari Hafsh, dsb.Wajh ( الوجه ) secara bebas dapat dimaknai versi atau ragam, yaitu semua bentuk perbedaan atau khilafiyah yang diriwayatkan dari Qari’ tertentu, lalu dalam kasus ini seseorang dipersilakan untuk memilih mana yang akan dibacanya, karena semuanyashahih dari Qari’ tersebut. Perbedaan-perbedaan Thariq terkadang mencakup perbedaan-perbedaan pula dalam Wajh ini. Misalnya, pada saat waqaf pada kata al-‘alamin ( العالمين ) dalam ayat ke-2 surah al-Fatihah, terdapat 3 wajh atau versi, yaitu dibaca pendek (qashr), sedang (tawassuth), dan panjang (madd). Kita boleh memilih mana saja dari ketiganya, namun disarankan oleh Ibnul Jazari agar kita memilih satu versi saja dalam satu kali pengkhataman. Maksudnya, pada seluruh kata tersebut di mana pun kita waqaf selama membacanya, kita pilih satu versi. Bila kita sudah selesai, lalu memulai dari awal lagi, kita boleh menggunakan versi lainnya.Dengan demikian, bacaan Al-Qur’an yang dinisbatkan kepada seorang imam tertentu disebut Qira’at, lalu apa yang dinisbatkan kepada seseorang yang mengutip riwayatnya dari imam tersebut secara langsung disebut Riwayah, kemudian apa yang disandarkan kepada orang lain yang meriwayatkan bacaan sesudah mereka disebut dengan Thariq, sedangkan perbedaan-perbedaan yang mungkin ada di dalam riwayat dari satu orang imam tertentu dalam cara membaca kata atau ayat yang sama disebut dengan Wajh.Di Indonesia, biasanya kita akan mendengar istilah Riwayah Hafsh ‘An ‘Ashim Min Thariqi Asy-Syathibiyyah ( رواية حفص عن عاصم من طريق الشاطبية ). Disini, Hafsh adalah Rawi, ‘Ashim adalah Qari’, dan Syathibiyah adalah pemilik Thariq. Kita di Indonesia memang umumnya menggunakan Qira’at ‘Ashim, yang disalurkan melalui Riwayah Hafsh, dan sampai kepada kita melalui Thariq Syathibiyah itu.Sebagai tambahan informasi, nama-nama kesepuluh Qari’ yang terkenal dan diterima qira’at-nya, beserta Rawi atau murid yang menerima dan belajar bacaan Al-Qur’an secara langsung dari mereka, adalah sbb:1. Nafi’ bin ‘Abdurrahman bin Abi Nu’aim al-Madani (w. 169 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Qalun dan Warasy.2. Ibnu Katsir, yakni ‘Abdullah bin Katsir ad-Dari al-Makki (45-120 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu al-Bazziy dan Qunbul.3. Abu ‘Amr bin al-‘Ala’ al-Bashri (70-154 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu ad-Duriy dan as-Susiy.4. Ibnu ‘Amir, yaitu ‘Abdullah bin ‘Amir al-Yahshubi asy-Syami (21-118 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Hisyam dan Ibnu Dzakwan.5. ‘Ashim bin Abi an-Najud al-Asadi al-Kufi (w. 127 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Hafsh dan Syu’bah.6. Hamzah bin Habib az-Zayyat al-Kufi (78-156 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Khalaf dan Khallad.7. Al-Kisa’iy, yakni Abul Hasan ‘Ali bin Hamzah an-Nahwi al-Kufi (w. 189 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu ad-Duriy dan Abu al-Harits.8. Abu Ja’far, yaitu Yazid bin al-Qa’qa’ al-Madani (w. 13 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Ibnu Wardan dan Ibnu Jammaz.9. Ya’qub bin Ishaq al-Hadhrami al-Kufi (w. 205 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Ruwais dan Rauh.10. Khalaf bin Hisyam (w. 229 H). Beliau mempunyai dua orang murid, yaitu Ishaq dan Idris.Penting diingat pula, bahwa ad-Duriy adalah murid langsung atau Rawi dari Abu ‘Amr al-Bashri (no. 3) dan al-Kisa’iy (no. 7) sekaligus; sedangkan Khalaf adalah murid atau Rawi dari Hamzah (no. 6), namun sekaligus Qari’ tersendiri (no. 10). Seluruh Qari’ini sebenarnya mempunyai ratusan sampai ribuan murid, akan tetapi diantara mereka kemudian dipilih masing-masing dua murid yang paling kuat riwayatnya, demi mempersedikit kekeliruan dan menutup peluang perselisihan terhadap Kitabullah. Dari mereka inilah ilmu bacaan Al-Qur’an kemudian tersebar ke seluruh penjuru dunia. Wallahu a’lam.
‘Tadi, ustaz ada mengatakan
‘Tuan guru bersanad? Boleh terangkannya lebih lanjut?’
Oh ya, maksudnya begini. Seperti
yang diterangkan di atas, belajar Al-Quran secara berguru amat penting, tidak
kiralah samada anda belajar untuk memperkuatkan hafazan, memahirkan tajwid
ataupun untuk menguasai Qiraat. Cuma, jangan lupa untuk pastikan perkara yang
lebih utama iaitu, anda perlu memastikan bahawa tuan guru tersebut memiliki
sanad dan ijazah Al-Quran.
Soalnya, apakah ijazah &
sanad Al-Quran?
1. Ijazah
Al-Quran ialah satu anugerah seperti sijil pengiktirafan yang diberikan oleh
tuan guru kepada anak muridnya yang selesai menguasai bacaan Al-Quran secara
talaqqi & musyafahah bersama tuan guru yang juga memiliki ijazah.
2. Sanad
pula ialah senarai rantaian nama panjang, bermula dari pemilik sanad hinggalah
berakhir kepada Allah S.W.T. Selalunya, pemberian sanad akan disatukan sekali
dengan ijazah Al-Quran. Oleh itu, lebih mudah untuk kita memahami ijazah dan
sanad sebagai perkara yang sama.
Hmm… rasanya kita
agak ‘confuse’ mengenai sanad bukan? Baiklah, saya akan
terangkannya dengan lebih terperinci.
Setiap sanad terkandung di
dalamnya senarai nama yang panjang dan berturutan. Ia bersifat
sambung-menyambung tanpa terputus bermula dari nama pemilik sanad, kemudian
diikuti nama tuan guru Al-Qurannya dan seterusnya tuan guru kepada ’tuan guru’
pemilik sanad
Dengan kata lebih mudah, ia lebih
kurang begini : En. Ali (pemilik sanad) – belajar Al-Quran dengan En. Ahmad
(tuan guru Al-Qurannya) – belajar Al-Quran kepada En Hasan (tuan gurunya) –
belajar Al-Quran kepada En. Mahmud (Tuan gurunya)……….
Senarai ‘tuan guru kepada tuan
guru’ ini akan berterusan, merentasi beberapa para ahli Qurra’ terkemuka
seperti Imam Syatibi r.a, Imam Jazari r.a, terus-menerus bersambung hinggalah
ke generasi ta’bi’-taa’bi’in, kemudiannya para taa’bi’iin iaitu
generasi ketiga, kemudiannya para sahabat yang mulia seperti Ali bin Abi Talib,
Saidina Uthman Affan dll, di mana mereka semuanya berguru secara langsung
dengan manusia agung, tuan guru Al-Quran terulung iaitu Rasulullah S.A.W.
Senarai mulia ini itu tidak
terhenti hingga setakat Rasulullah sahaja. Ia akan bersambung dengan nama ‘tuan
guru’ Rasulullah iaitu Malaikat Jibril a.s dan seterusnya yang terakhir,
pemilik Kalamullah iaitu Allah Azza Wa Jalla.
Oh begitu… lebih kurang macam
sijil universiti lah…..
Ya benar…. Fungsinya lebih kurang
sama seperti sijil universiti iaitu sebagai lambang kesahihan dan
kebolehpercayaan ilmu Al-Quran yang dimiliki. Cuma, ia lebih mulia dari itu
kerana nama ‘tukang sah’ yang tertera di sijil anda bukan setakat Chancellor universiti,
tetapi para ulama agung, Rasulullah dan pencipta kita – Allah S.W.T.
Kalau begitu, apa gunanya
kepada kita?
Gunanya lebih kurang begini : sama
seperti sijil universiti, ia adalah tanda pengesahan dan pengiktirafan terhadap
kemampuan dan kebolehan anda. Jika ada orang yang bertanya ‘apa bukti
anda mahir membaca Al-Quran?’. Anda dengan mudah sahaja menunjukkan
ijazah sanad tersebut untuk membuktikannya.
Ini bermakna secara tidak
langsung, ijazah sanad menjadi ‘jurucakap’ kepada keahlian dan kepakaran ilmu
Al-Quran anda. Senarai individu yang tinggi ilmu serta dipercayai akhlaknya
dalam sanad menjadi bukti kukuh bahawa ‘ilmu Al-Quran yang dipelajari
bukannya diambil semberono dari kaset atau kitab tajwid, tetapi ‘direct’ dari
tuan guru gred A!
Bak istilah inggerisnya, ia
adalah bukti ‘validity & reliability’ – keesahan &
kebolehpercayaan ilmu anda.
Itu perkara utama. Ada lagi
fungsi kedua yang tidak kurang pentingnya iaitu : teknik ‘sanad’
juga telah dipraktikkan sejak zaman-berzaman untuk menjaga keaslian proses
pemindahan ‘Al-Quran’ yang bukan setakat didokumentasikan secara tulisan,
tetapi juga terjaga keasliannya dari sudut teknik bacaan.
Mudah kata, Al-Quran disahkan 100%
benar dan tepat dari sudut tulisan melalui mashaf. Ia juga terpelihara
kebenarannya dari sudut bacaan melalui rantaian sanad dan juga buku-buku tajwid
serta Qiraat yang cukup banyak dikarang oleh ulama solafussoleh.
Tetapi, adakah ia ada
sandarannya dalam islam?
Ya, pasti.
Jika kita amati lebih mendalam,
rantaian penyampaian Al-Quran secara talaqqi bermula sejak dari zaman
Rasulullah s.a.w. lagi. Kita semua maklum bahawa Baginda menerimanya
secara ‘berguru’ dengan Malaikat Jibril a.s. Jibril akan mengajar Baginda
satu-persatu, perlahan-lahan sehinggalah semua ayat yang baru diturunkan
tersebut benar-benar Rasulullah kuasai dan ingati.
Semua ini membenarkan firman
Allah ini : “Dan Kami telah bacakan (Al-Quran itu) kepada
(Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)” (Al-Furqan:
32)
Begitulah prosesnya diteruskan
oleh Rasulullah kepada para sahabat. Para sahabat juga demikian, meneruskan
teknik talaqqi yang sama kepada para ta’biin, diikuti dengan tabi’
taa’biin, ulama solafussoleh dan seterusnya hinggalah sampai kepada kita.
Cuma kali ini, semua senarai nama ‘tuan guru & anak murid’ ini telah
didokumentasikan dan digelar sebagai sanad.
Disebabkan itulah, ramai ulama
termasuk salah seorang ‘pakar rujuk terulung’ ilmu Al-Quran iaitu Imam Jazari
r.a amat menekankan kepentingan sanad. Beliau telah menjadikan kesahihan sanad
sebagai salah satu dari rukun pembacaan al-Quran yang diterima.
Bukan beliau sahaja berpandangan
sedemikian. Bahkan, ramai lagi ulama lain yang mementingkan sanad dalam
penyampaian ilmu dan syariat Allah S.W.T. Anda tentu pernah mendengar kata-kata
Imam Abdullah bin Mubarak r.a tentang sanad bukan? Komen beliau : Al-Isnad
(sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama. Jika ia tiada, nescaya
sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.
Malah, Imam Ibnu Sirin r.a juga
berpendirian sama : Sesungguhnya ilmu itu adalah agama kamu, maka
hendaklah kamu melihat dari siapa kamu ambil agama kamu.
Apa kesimpulan yang kita dapat
dari semua hujah di atas?
Satu perkara utama : dalam islam,
soal kebenaran dan kebolehpercayaan ilmu serta integriti para penyampainya amat
dititikberatkan. Islam bukannya agama yang menerima ilmu secara ‘pasang-siap’,
tetapi ia amat menitikberatkan ‘perfection’, detail dan tsiqoh (integriti)
sebelum ilmu tersebut diamalkan.
Jadi, apa kelebihannya jika
saya memiliki sanad Al-Quran?
Banyak sebenarnya. Cuma kali ini,
saya akan menyenaraikan 2 kelebihan terbesarnya dahulu iaitu :
1. llmu
bacaan atau hafazan Al-Quran anda telah diiktiraf.
Bagi saya, secara tidak langsung,
sanad yang tuan guru anugerahkan kepada anda berperanan sebagai ‘cop mohor’
terbesar, bukti kesahihan ilmu Al-Quran yang anda miliki. Apa yang saya katakan
ini bukannya omongan kosong, kerana dengan memiliki sanad, anda sebenarnya
memiliki salasilah guru.
Maknanya, jika ada orang lain
ingin memeriksa kesahihan ilmu anda, ia dengan mudah dapat mengetahui dari
siapa anda belajar dan setinggi manakah tahap kepercayaan ilmu yang anda
miliki. Semua ini boleh diketahui dengan meneliti senarai rantaian ‘tuan-tuan
guru’ yang terkandung dalam sanad, bermula dari anda hinggalah ke Rasulullah
s.a.w.
Dengan kata lain, apabila
salasilah tersebut bersambung sampai ke Rasulullah, barulah orang yakin dengan
integriti ilmu anda.
2. Keberkatan
ilmu dan kehidupan.
Soal keberkatan ini tidak perlu
saya ulas lebih panjang maksudnya, kerana ia ada disentuh dalam bab 1 dan juga
melalui cerita pengalaman hidup saya di awal bab ini. Mudah ceritanya, dengan
bertalaqqi secara berguru serta menerima sanad darinya, ia akan menambah
keyakinan kita, lebih-lebih lagi setelah mendapati nama kita digabungkan dengan
para alim ulama besar dalam salsilah sanad.
Walaubagaimanapun, anda perlu
berhati-hati…..
Cuma satu sahaja nasihat saya,
pastikan anda mendapatkan sanad melalui ‘pintu depan’ bukannya ‘pintu
belakang’. Dalam ertikata lain, sanad ‘pintu depan’ ialah sanad yang diperolehi
secara sah dan formal – baca keseluruhan Al-Quran dari awal Al-Baqarah hingga
akhir An-Naas dengan tuan guru sampai khatam.
Ini kerana wujud beberapa kes
terpencil, sanad diperolehi menerusi ‘pintu belakang’. Maksudnya, sanad
tersebut dianugerahkan tanpa melalui syarat-syarat utamanya. Cukup sekadar
membaca beberapa surah, kemudiannya tuan guru terus ijazahkan. Sekali pandang,
macam mee segera pula!
Walaupun perkara ini tidaklah
sampai ke tahap halal-haram, wajib-sunat atau bid’ah-tidak, tetapi saya melihat
perbezaan kedua-dua jenis sanad tersebut begini :
1. Sanad
pintu hadapan : Ia samalah seperti pengajian sepenuh masa untuk mendapatkan
ijazah universiti – berhempas pulas dengan peperiksaan, tesis, assigment,
kajian dan lain-lain.
2. Sanad
pintu belakang : Ia bolehlah diumpamakan seperti ijazah ‘universiti bayar dan
pasti dapat sijil’ – anda bayar sejumlah wang, hadir beberapa kelas dan
kemudian, tidak kiralah samada markah peperiksaan baik atau tidak, sijil pasti
dalam genggaman pada majlis konvo!
Nampak tidak jurang perbezaan
besar antara keduanya? Satu diiktiraf ilmunya sementara satu lagi bak kata
orang - ‘harap sijil sahaja tebal, tapi isi kosong!’
Jadi, cara untuk mendapatkan
‘sanad pintu depan’ ialah :
1. Ini
yang paling perlu dititikberatkan dahulu. Pastikan tuan guru tersebut merupakan
seorang yang diakui ramai sebagai guru Al-Quran yang berkaliber, mahir dan
diiktiraf. Selalunya, tuan guru sebegini mudah sahaja dikenali : tanyalah tuan
imam di 5 masjid berdekatan, jika semuanya mencadangkan nama ‘Syeikh’ yang
sama, maknanya anda perlu cepat-cepat tempah ‘appointment’ dengannya!
2. Proses
mendapatkannya pula ialah, anda WAJIB (dengan huruf besar) talaqqi 30
juz Al-Quran secara langsung dengan tuan guru, samada membacanya
dengan melihat Al-Quran atau yang lebihadvance – membaca 30 juz
secara hafazan. Dalam proses ini, tuan guru akan memperbetulkan serta
memperhalusi mutu bacaan anda. Selalunya, apabila beliau sudah benar-benar puas
hati dengan tahap bacaan tersebut, barulah sanad dianugerahkan.
Memang proses memperolehinya agak
sukar dan perlu melalui tempoh agak panjang. Sebabnya ialah, anda perlu
mencapai tahap kualiti bacaan yang benar-benar diiktiraf oleh syeikh. Dalam
hal ini, soal kualiti amat dititikberatkan kerana ia melibatkan amanah dalam
pengijazahan sanad. Ketika proses talaqqi tersebut, mereka akan berusaha sebaik
mungkin untuk memastikan mutu bacaan anda setaraf dengan tahap bacaan mereka
yang tersenarai dalam salasilah sanad. Jika tidak pun, ia mesti melepasi
sekurang-kurangnya menyamai 80% dari tahap kualiti mereka.
Soalnya, mengapa tuan syeikh
tampak agak bertegas dalam hal ini?
Tujuannya ialah : mereka ingin
menjaga amanah ilmu yang telah disampaikan oleh tuan guru mereka. Selain itu,
mereka juga ingin memelihara kualiti salasilah sanad agar ia tidak tercemar
dengan anak murid yang kurang mahir atau mereka yang bersikap ‘baca
cukup-cukup makan sahajalah’.
Pengalaman saya dahulu….
Mengimbas kembali pengalaman saya
dahulu, saya yakin, segala kenangan belajar Al-Quran bersanad dengan para
masyaikh merupakan antara memori paling mengasyikkan dalam hidup. Terdapat
beribu kenangan manis yang terpahat selain beberapa kenangan ‘masam-masam
manis’ terselit diantaranya.
Yang paling menarik ialah, selain
ilmu Al-Quran, banyak pengajaran hidup saya perolehi darinya. Antara yang masih
kekal diingati ialah pengalaman diberi amaran terakhir dari Syeikh Nabil,
seorang tuan guru Al-Quran pro-tasauf dan sangat tawadhuk.
Peristiwanya begini. Pernah suatu
ketika, disebabkan waktu talaqqi dengan Syeikh Nabil bertembung dengan waktu
peperiksaan, saya tidak dapat membuat persiapan secukupnya untuk talaqqi 1 juz
secara hafazan pada petang itu.
Sudah pasti, dengan bacaan
hafazan yang agak tidak teratur, ia telah mengundang kata amaran tegas dari
Syeikh yang sebenarnya amat baik hati ini. Masih terngiang-ngiang lagi
kata-kata beliau :
‘Asraff, sanad bukan perkara
main-main. Ini adalah lambang amanah kita dengan Allah. Jika enta datang
talaqqi tanpa persediaan baik, ana takkan anugerahkan sanad kepada
enta….. Ana tak mahu sanad yang mulia ini tercemar dengan tercatat
di dalamnya nama anak murid yang culas menjaga Al-Quran!’
Itulah kali pertama dan terakhir
Syeikh Nabil ‘marah’kan saya. Memang sukar untuk melihat syeikh yang amat baik
hati ini bertegas, tetapi kata-katanya yang bernada lembut tetapi tegas itu
amat menusuk sanubari saya.
Alhamdulillah, peristiwa
itu memberi impak besar kepada saya dalam usaha mendisiplinkan diri menjaga
hafazan Al-Quran, lebih-lebih lagi setelah sanad Al-Quran diterima. Dengan
melihat nama kita ‘berganding’ bersama nama-nama besar dan mulia seperti Imam
Jazari, Saidina Ali, Saidina Uthman bahkan Rasulullah S.A.W, ia membuatkan saya
lebih bersemangat untuk menjaga nikmat selaku Al-hafiz yang Allah anugerahkan.
Kini, setiap kali melihat semula
sanad Al-Quran, saya tersenyum sendirian. Senyuman syukur kerana berpeluang
merasai nikmat bergandingan nama dengan ‘barisan penduduk syurga’. Cuma
saya berharap selepas ini, Allah S.W.T perkenankan pula doa
permintaan seterusnya – dapat berganding dengan mereka di Syurga Firdaus, InsyaAllah!
Tidakkah anda mahu ‘miliki rumah
satu taman’ dengan mereka di syurga?
Oleh itu, cuba-cubalah dahulu
menghafaz Al-Quran. Kemudian dapatkan pula sanadnya.
Jika semuanya dibalut dengan
kalimah ‘lillahi Taa’la’, InsyaAllah, Tuhan pasti
sediakan kita ‘banglo sebelah mahligai’ mereka!
Ya Allah, perkenankanlah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
yang Sabar kalo koment masih dalam perbaikan
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.